Karpet rumah
Kami ambil di rumah, cuci di kedai, hantar balik bila betul-betul kering.

Kluang · Johor · Melaka · N. Sembilan
Karpet, sofa, tilam dan kusyen kereta. Hantar gambar di WhatsApp, kami balas dengan harga.
Air kotoran
Vakum hanya menyedut habuk di permukaan. Pasir halus, peluh dan kulit mati duduk di pangkal karpet. Kotoran ini hanya akan keluar bila karpet dicuci basah dan disedut semula.
Air ini keluar dari satu karpet.
Apa yang kami cuci
Karpet kami ambil dan hantar balik. Yang tak boleh alih, kami cuci di tempat.
Kami ambil di rumah, cuci di kedai, hantar balik bila betul-betul kering.

Dijadualkan luar waktu solat. Ukuran dan sebut harga percuma untuk AJK.

Ekstraksi wap di rumah anda. Sofa tak perlu keluar dari ruang tamu.

Sedut, cuci, kering. Habuk dan hama yang terkumpul bertahun dikeluarkan.

Kerusi, karpet koridor dan bilik mesyuarat. Boleh dijadualkan hujung minggu atau selepas waktu pejabat.

Kusyen, karpet lantai dan bumbung dalam. Sesuai sebelum raya atau sebelum jual.

Tak pasti yang mana satu? Hantar gambar, kami bagi harga
Cara kami bekerja
Urutan yang sama untuk setiap kerja, dari karpet bilik sampai dewan solat masjid.
Habuk dan pasir disedut dulu, supaya bahan cucian sampai ke pangkal karpet.
Kärcher dan Microclear. Patuh syariah, selamat untuk kanak-kanak dan jemaah.
Melonggarkan kotoran di pangkal karpet, tempat vakum biasa tak sampai.
Mesin ekstraksi tarik keluar air bersama kotoran.
Kipas dan pengering dipasang sampai kering. Karpet lembap akan berbau kepam.
Fabric perfume disapu selepas karpet betul-betul kering.
Alat & bahan
Kami rakan Kärcher Cleaning Malaysia. Setiap bahan cucian yang kami guna bersijil dan mematuhi piawaian keselamatan.
Sembur dan sedut dalam satu laluan.
Kärcher dan Microclear. Bersijil, mesra alam, selamat untuk kanak-kanak.
Pewangi fabrik kami sendiri, disapu paling akhir.
Pasukan
Kluang Cuci Karpet dikendalikan oleh Kasih Rezeki Enterprise, milik Mohd Fais. Kami mula cuci karpet pada 2016.
Pasukan kami dilatih mengikut SOP yang sama untuk setiap kerja — rumah, rumah ibadah dan pejabat — supaya hasilnya konsisten setiap kali.
Kata pelanggan
Karpet surau kami yang dahulunya kusam kini kembali bersih dan harum. Jemaah kami kini lebih selesa dan khusyuk beribadah.
Prompt reply by the sales rep. along with price quote. Workmanship is good. Recomended.
Kawasan liputan operasi
Kami beroperasi di Kluang. Namun untuk masjid, surau dan pejabat, kami boleh pergi ke seluruh Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Soalan lazim
Sebut harga percuma
Satu gambar dan saiz kasar sudah cukup untuk kami bagi anggaran.